|  |
Pengguna di talian | Pelawat di talian: 1
Tiada Ahli di talian
Ahli Berdaftar: 182
Ahli tidak aktif: 17
Ahli baru: adam
| |
Last Seen Users | | |
|
Selamat Datang ke Portal SMK Klian Pauh |
sila daftar sebagai ahli di sini.
|
KEM TAHUNAN |
Untitled Document

Unit Ko Kurikulum SMK Klian Pauh mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua pihak yang telah menjayakan perkhemahan kali ini. Diharap pelajar dan guru mendapat pengalaman yang bermakna. Semoga tahun hadapan penglibatan lebih ramai pelajar dan guru penasihat.
klik pautan ini untuk melihat gambar http://picasaweb.google.com/smkkpauh/Kemintergrasi1#
|
|
Kejohanan Olahraga 2010 |
Dimaklumkan SMK Klian Pauh akan menganjurkan Kejohanan Olahraga 2010 mengikut ketentuan berikut
Tarikh : 8 Mei 2010
Masa : 7.30 Pagi
Tempat :SK King Edwards ll, Taiping
Kehadiran tuan/puan amat diharapkan untuk memeriahkan kejohanan tersebut.
Terima kasih. |
|
Mesyuarat Kejohanan Olahraga 2010 |
Perhatian kepada semua guru, mesyuarat Jawatankuasa Kejohanan Olahraga SMK Klian Pauh 2010
akan diadakan mengikut ketentuan berikut:
Tarikh : 28 April 2010
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Klian Pauh
Kehadiran tuan/puan adalah diwajibkan.
Setiausaha Sukan.
En Gurdeep Singh |
|
SUKAN |

klik album untuk lihat gambar |
|
JASAMU KAMI KENANG |
MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM 2009 |
Unit kokurikulum SMK Klian Pauh akan menganjurkan Majlis Anugerah Kokurikulum 2009 pada hari Jumaat 13 November 2009 bertempat di Dewan Terbuka. Majlis ini diadakan sebagai penghargaan kepada pelajar-pelajar SMK Klian Pauh yang telah menunjukkan pencapaian yang membanggakan di dalam kegiatan kokurikulum sekolah. Majlis ini juga turut memberikan penghargaan kepada penerima sahsiah terpuji serta anugerah nilam. Perasmian dan penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh Puan Pengetua. |
|
PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 TAHUN 2010 |
Makluman kepada ibubapa dan penjaga pelajar tahun 6 yang mendapat tempat untuk meneruskan pembelajaran tingkatan 1 dan Peralihan tahun 2010 di SMK Klian Pauh, sesi pendaftaran akan dijalankan pada 5 November 2009 mulai jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Terbuka.
Sila pastikan semua dokumen telah disediakan untuk memudahkan urusan pendaftaran.
Harap maklum. |
|
HARI PERSEKOLAHAN CUTI BERGANTI |
Perhatian kepada semua ibubapa dan pelajar-pelajar SMK Klian Pauh, 31 Oktober 2009 merupakan hari persekolahan menggantikan cuti hari Deepavali 19 Oktober 2009. sehubungan itu, semua pelajar dikehendaki hadir mengikut jadual hari Isnin.
Harap maklum. |
|
JAMUAN AKHIR TAHUN, HARI RAYA DAN PRA DEEPAVALI |
Warga SMK Klian Pauh telah mengadakan majlis jamuan akhir tahun, hari raya dan pra Deepavali bertempat di perkarangan sekolah. Semua pelajar terlibat menyediakan juadah hidangan untuk majlis ini. Berkonsepkan rumah terbuka, para pelajar bebas menjamu selera di sudut-sudut yang telah disediakan.
Menurut pengerusi program, Pn. Puteh Hariah, majlis ini bertujuan merapatkan silaratulrahim antara pelajar dan guru. Majlis ini juga merupakan salah satu program RIMUP antara SMK Klian Pauh dan SMK Hua Lian. Seramai 30 orang pelajar dan guru SMK Hua Lian turut serta. Turut sama hadir di dalam majlis ini ialah tuan pengetua SMK Hua Lian. Klik album untuk melihat gambar sekitar majlis |
|
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN |
Pada 3 Oktober 2009 Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan SMK Klian Pauh telah menganjurkan LDP untuk warga SMK Klian Pauh yang telah disampaikan oleh En Guzali, Guru Data SMKKP. LDP ini bertujuan mendedahkan guru-guru kepada applikasi SMM versi terkini. Fokus utama adalah untuk kegunaan guru-guru tingkatan menyediakan data-data yang betul dan tepat . Klik Album 2009 untuk melihat gambar-gambar sepanjang LDP ini dijalankan |
|
MESYUARAT PANITIA SEJARAH |
Perhatian kepada Guru-guru Sejarah SMK Klian Pauh, mesyuarat Panitia Sejarah bil 4/09 akan diadakan mengikut ketentuan berikut
Tarikh : 15 Oktober 2009
Masa : 1.50 Petang
Tempat : Bilik Guru
Sila bawa minit mesyuarat yang telah diedarkan.
Terima kasih.
|
|
|
Log Masuk | |
| |
Undian Ahli | |
| |
Mesej Ringkas | Anda mesti 'log masuk' untuk hantar mesej.
Arkib Mesej
| |
|
          
      
Hak Cipta Terpelihara © 2007 SMK Klian Pauh Jalan Lumba Kuda, 34000, Taiping, Perak Tel:05-8073970
PENAFIAN:SMK Klian Pauh tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.
|
|
| |